Kategori - Kategori Ahli
- Ahli Biasa.
- Ahli Bersekutu.
- Ahli Seumur Hidup.
- Ahli Kehormat.
- Ahli Gabungan.
Ahli Biasa: Terdiri dari semua Warganegara Malaysia yang telah berkhidmat berterusan tidak kurang daripada dua belas ( 12 ) bulan dalam Pasukan yang berkaitan seperti berikut :-
- Bekas Anggota Polis Di Raja Malaysia.
- Bekas Anggota Polis Tambahan (EPC ) , termasuk Bekas Anggota Pasukan Pengakap Sempadan , Skuad Hutan , Unit Kawalan Kawasan dan Unit Senoi Praaq.
- Bekas Anggota Polis Khas (SC)
- Bekas Anggota Polis Bantuan (AP) termasuk Pasukan Kawalan Kampung (HG) atau lain-lain Unit yang ditubuhkan di bawah Akta Polis yang telah berkhidmat di antara tahun 1948 hingga tahun 1963.
- Bekas Anggota Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) .
- Bekas Anggota Polis Singapura yang berkhidmat tidak kurang daripada dua belas (12) bulan Pasukan itu , sebelum tarikh 8 Ogos , 1965 , bermaustautin dan menjadi Warganegara Malaysia.
Ahli Bersekutu:Terdiri dari semua permaustautin dan menjadi Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada (21) tahun seperti berikut : -
- Bekas Anggota Polis Singapura yang pernah berkhidmat secara berterusan selama tidak kurang daripada dua belas (12) bulan dalam Pasukan itu selepas tarikh 8 Ogos 1965.
- Bekas Anggota Polis Di Raja Brunei Darul Salam yang pernah berkhidmat secara berterusan selama tidak kurang dari dua belas (12) bulan dalam Pasuksan itu.
- Bekas Anggota Polis yang tidak memenuhi syarat-syarat seperti Fasal 6.2 di atas.
- Semua Balu atau Duda kepada Bekas Anggota Polis seperti yang ternyata dalam Fasal 6.2 di atas.
- Isteri , Suami , atau Anak kepada Bekas Anggota Polis yang telah menjadi Ahli di bawah Fasal 6.2. di atas sahaja.
Ahli Seumur Hidup: Terdiri dari semua yang telah menjadi atau layak menjadi Ahli Biasa atau Ahli Bersekutu , mengikut kategori masing-masing , yang dilulus dan dipersetujui oleh Persatuan , dan yang telah membayar yuran mengikut peruntukan tertentu Fasal 10.
Ahli Kehormat: Terdiri dari mereka-mereka yang mempunyai kedudukan yang baik , yang telah banyak membuat jasa kepada Pasukan Polis Di Raja Malaysia , PBPM , Masyarakat , Negeri atau Negara . Mereka ini boleh dipelawa menjadi Ahli Kehormat tertakluk kepada persetujuan dan kelulusan Majlis Tertinggi . Kemasukan mereka ini tidak dikenakan apa-apa bayaran . Ibu Pejabat Pusat akan mengeluarkan surat pengesahan atas keahliannya Majlis Tertinggi juga berkuasa mengkaji dan membuat sebarang keputusan kepada keahliannya dari semasa ke semasa jika terdapat keperluan .
Ahli Gabungan: Terdiri dari Persatuan – Persatuan yang berdaftar di dalam atau luar Negara.
|