PBPM menjalankan agenda kebajikan ahli dan prihatin terhadap masalah yang di hadapi telah menyampaikan pelbagai bentuk bantuan antaranya:
Asas & Tujuan:
Persatuan ini adalah sebuah pertubuhan yang progresif, berjuang menurutlunas Undang-Undang Negara dan prinsip demokrasi yang diamalkan bagi tujuan menghasilkan cita-cita dan aspirasi Ahli, Rakyat, dan Negara.
Sejarah Penubuhan:
Melalui beberapa rundingan dan sokongan kerajaan maka, pada 16 Disember 1972, wujudlah sebuah persatuan dinamakan PERSATUAN BEKAS POLIS PENCEN DAN BEKAS-BEKAS POLIS MALAYSIA
Kata-Kata Aluan YABHG Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad
Tahniah saya ucapkan diatas pelancaran laman web Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM)
Ia merupakan satu langkah yang menunjukan bahawa PBPM adalah peka kepada apa yang berlaku disekelilingnya dan tidak mahu ketinggalan di dalam perkembangan semasa.
Laman web ini diharap dapat menjadi “pintu” kepada semua ahli-ahlinya dan juga orang ramai yang berminat mengenai apa yang dilakukan dan diperjuangkan oleh PBPM.
Kata-Kata Aluan Presiden PBPM
Saya panjatkan syukur ke hadrat Ilahi yang telah mencurahkan rahmat keatas PBPM di dalam mengharungi ranjau perjuangan.
PBPM adalah sebuah Persatuan yang di tubuhkan bagi memperjuangkan nasib bekas bekas pejuang polis semenjak sebelum merdeka sehingga kini. Terlalu banyak pengorbanan, kematian dan kecacatan anggota bekas pejuang. Penderitaan ini juga di tanggung bersama oleh ahli keluarga dan sewajarnya mendapat perhatian semua pihak .